Thursday, May 27, 2010

it has come to end

I've been thinking about closing my blog's account since last week...i guess i should just keep everything to myself...It ain't because I've run out of idea to write...it's just because i'm done blogging...i really can't catch up the idea of doing blog at the first place...so,how can i expect myself keep updating my blog everyday?is it for fun...or just to see how many hits you get for any particular day?

Maybe,it's because lack of ideas.or...maybe,I've lost interest in blogging...

so for guys who still find this interesting...keep up a good work...i know you can write well enough...to be noticed.... =)

i guess..I'll bury myself in books i have in my bookshelf...

Or maybe..I'll start another long-life-journey blogging...someday..I've no idea when the day will come...it will come if it is fated to come...when life getting more interesting...I'd have a great idea to write about...so now..i guess,my life hasn't came to full of color state yet...it's might be in the middle..or hasn't started yet...but i'm grateful for who i'm...and enjoying all the treatment,care and love I've get from both of my parents....since the first day of my life....

done.finished.Tata..Have a great life...

sincerely...
Ahamad Al - Fatih bin Hassan Nordin..

Saturday, May 22, 2010

Ketenangan..

Sesungguhnya...cuti semester itu adalah sesuatu yang panjang...dan sangat2 membosankan jika tak terisi dengan pelbagai aktiviti...ditambah pula dengan cuaca yang panas(cuma akhir2 ni hujan mulai turun dengan lebatnya..sehinggakan sungai klang berhampiran kg.tengah naik dengan mendadak...terfikir untuk mandi manda...tapi kedalamannya seumpama ketinggian sebuah bukit..dan kotornya sungai itu...aiish....kenapa terfikir nak mandi di situ pula ni?.)...

Namun masa bersendirian di rumah kadangkala menimbulkan ketenangan,tetapi ketenangan selamanya tanpa ketenganggan adalah sesuatu yang mustahil berlaku...
jadi masa itu pun diisi dengan ketenangan membaca dan berimaginasi...dan kerana ingin memuaskan kemahuan ketenangan dan imaginasi itu..aku langsung ke amcorp mencari bahan2 ketenangan...dan ketenangan makin memuncak apabila sampai di pintu gerbang kedai ketenangan tadi...melihat bahan2 ketenangan membuatkan hati aku berbunga2 untuk duduk diam disitu itu buat seketika...bahan2 ketenangan sangat murah daripada ketenangan hakiki yang akan muncul setelah bahan2 ketenangan itu diselak2,ditenung2,dibelek2 dan dibelai2...

alahai murahnya barang ketenangan...tetapi apakan daya murah2 pun..duit di dalam poket masih juga tidah menunjukan kemurahannya...maka..dihulur tangan nan dua dan muka sepuluh sen dan penuh simpati dan penuh keinginan ketenangan pun di tonjolkan dihadapan muka ibubapa...maka dilihatnya kemahuan dan mata yang berkaca2(ala2 cerita shin chan)..lalu tangan yang banyak memukul aku sejak kecil lahi pun menghulur dengan penuh sabar..."nah ambilah 50 ni..dan pergi kau jauh2 dari pandangan aku"..maka...aku pun melompatlah kegirangan..walaupun bukan 500 atau 5000..tetapi cukup membuahkan rasa suka memandangkan status penggangur yang aku miliki sekarang...
maka..tanpa kata yang panjang...aku pun menemukannya...

Dengan 50 dapat membeli 3 bahan ketenangan...
walaupun masih ada yang belum habis disedut ketenangannya...

kasihan melihat beliau terkulai layu...sejak penanda isi ketenangan hilang...teknik ini digunakan untuk menanda isi berkenaan..sungguh zalim...zalim..tetapi ketenangan yang terlalu bersih tanpa cacat cela adalah sangat menyedihkan...adalah baik ditambah sedikit parut...barulah nampak garang dan penuh pengalaman..walaupun sebenarnya tidak....

mencari ketenangan itu amalan mulia...dan menyebut sesuatu yang positif berulang kali dalam fikiran juga adalah satu terapi minda....

soalan KBKK:Apakah yang dimaksudkan dengan ketanangan seperti yang ditulis dalam makalah di atas ini?

Monday, April 26, 2010

Sudah Tiada?

jangan berduka kawan...
aku sentiasa di sini dengamu..
di mana bayang mu ada..di situ ada aku..
di mana ada hembusan angin...disitu ada aku..

jangan kau bimbang kawan...
esok masih ada...
cahayanya itu pasti menjanjikan sesuatu..
kalau terlalu terik..nanti aku teduh kan..
cuma.....cuma....kau berhentilah menangis kawan...
aku tahu engkau tahu bahawa aku sentiasa mendakap mu..
tangan kita selalu bersatu,,,

kawan..jangan kau bimbang...
bila bayangmu tiba2 tiada..
angin mati di merata tempat...
kau berpeluh2 di atas terik mentari...
hangat dakapan semakin suam...

bila tangan...bila tangan...bukan lagi satu..

kau juga tahu...yang aku sentiasa di hatimu...

Bukan Karut...

Begini..
Ini kisah betul..Bukan karut...

apa yang anda lihat disebalik senyuman seseorang?
kegembiraan?
apa yang anda lihat disebalik ketawanya?
keseronokan?

'=D' Ini gembira, '=(' dan ini duka?

dari gugurnya airmata apa yang anda lihat?
kesedihan?
dari murung wajahnya?
terpencil?

ini bukan karut,ini cerita benar..

apa yang dilihat di mata tak semestinya terasa di hati...
kerana kita tidak melihat dengan mata hati...

senyuman juga mampu menjadi ahli silap mata..
tangisan juga begitu...

apa yang dilihat mata...tak semestinya terasa di hati...
kerana penderitaan yang ku tangunggung kini..
juga ahli silap mata di hadapan mu...

Wednesday, April 21, 2010

Obses Terhadap Kehidupan Di Hadapan Lensar Kamera

Saya menghidupkan kehidupan dengan menonton filem....
antara filem yang saya sudah tonton..dan menemui keunikan di dalamnya...ialah..

1.The Shawshank Redemption[1994]
2.Dear John
3.The Notebook
4.An Education
5.Fight Club(1999)
6.The Godfather Trilogy
7.Silence Of The Lambs

filem 1,5,7 saya fikir sukar untuk dicari di pasaran sekarang...saya sarankan anda muat turut menggunakan bittorrent atau perisian2 torrent yang lain...

diantara filem yang sangat2 menarik untuk ditonton... =)

Monday, April 19, 2010

Azam Yang Belum Terlaksana...

Pada awal tahun..atau sebelum tahun berikutnya bermula..
maka......soalan yang acapkali kedengaran ialah...'apa azam tahun baru'?

ini mungkin sudah menjadi satu budaya...dan memasang niat dan harapan pada setiap permulaan tahun yang baru...adalah sesuatu baik bagi merancanakan apa yang akan dilakukan pada tahun tersebut...sekarang...4 bulan pertama sudah dilalui..bakal masuk bulan kelima dalam beberapa hari lagi..maka..persoalanya kini...sudah tercapaikah azam yang kita citakan di awal tahun?sudah separuh?atau masih belum lagi menemukan titik permulaan nya?

saya ajukan persoalan ini pada diri saya...saya berfikir sejenak...apa yang saya citakan...belum lagi terlaksana..makanya...titik permulaan itu masih tiada...atau masih belum ditemukan...

Di bilik yang separuh dindingnya dipenuhi cermin itu..saya temukan titik permulaan yang samar...yang masih belum pasti...tapi sudah menjadi keinginan yang lama...rasa yang terpendam...dan bakat yang terpendam lama...lalu diambil keputusan yang mengubah hidup saya buat selamanya...untuk menyertai teater kolej...teater ini masih baru...tapi berlakon itu..sudah pernah sebelum ini..saya juga tidak pasti dengan keputusan ini..kerana memikirkan soal komitmen pelajaran yang menjadi tunjang utama kenapa dan mengapa saya menempatkat diri di universiti tersebut...

dari titik permulaan yang samar itu...
saya temukan konflik..saya temukan kecelaruan...dan saya temukan 'diri' dan 'wajah' yang baru...benar..titik itu titik yang mula menyongsangkan...saya bukan lagi yang lama..seperti..menjadi sesuatu yang lain...yang bukan saya yang dulu...

maka...ada yang menangis kerana saya..ada yang kecewa kerana saya...ada juga yang marah dengan saya...ada juga yang memulaukan...

ilmu fizika itu semakin jauh..malah hanya menghiasi meja sahaja...hanya sekadar pemenuh ruang di meja itu...tanpa diusik...entah bagaimana keadaanya sekarang...sudah setebal mana habuknya...

semuanya menimbulkan kelecaruan..
dan memaksa saya untuk berehat sebentar dari titik samar itu...dan meja yang dihiasi ilmu2 fizika itu...dan katil kolej..dan dewan kuliah...dan tugasan2..memaksa saya berundur..ke tempat asal..ke syurga..ke rumah saya...

disini kelihatan tidak ada bezanya...

maka titik permulaan itu dimana??
masih menjadi persoalan...

saya yakin..titik permulaan itu akan saya temukan...
masa yang pantas berlalu itu..
yang menentukan sejauh mana saya mampu berfikir secara pantas...
dalam mencari titik yang dicari...

Saturday, April 17, 2010

it belongs to me...

Literally,You hand those 'paper' over to me...
so..it belongs to me now...
i'm capable of doing anything with it...
so..i have decided to keep it for the rest of my life...

hate is a strong word,i'd think..
i never hate you..
its just that you never call me anymore..
like you used to...
and i think it's the other way around..
you are the one who hates me...

I know you know what love is..
perhaps, better than me..

Friday, April 16, 2010

Kertas Itu Berevolusi Menjadi Mimpi...

Kertas yang dianggap kertas...
oleh mu..
dianggap satu coretan peristiwa indah bagiku..
biarkan ku simpan...

kerana satu hari nanti..
aku akan tahu betapa bererti nilainya.. cinta...

Wednesday, April 14, 2010

Sama-sama

terbaca blog seorang sahabat...digambarkan seseorang itu seperti betul2 saya...dibaca berulang kali..seperti peristiwa yang dikisahkan itu...tepat mengoncang memori saya..setelah diberi pengamatan yang teliti..ya benar...ini ada kaitannya dengan saya..maka...saya juga ingin menulis perkara yang sama...untuk menyatakan terima kasih yang teramat buat saudari...dan juga sama-sama atas terima kasih yang diberi kepada saya...
kisahnya agak panjang lebar...buat pengetahuan saudari..kertas2 itu masih tersimpan dalam laci yang rapi...jangan risau...kalau ingin membaca kembali..apa yang ditulis..silakan..saya tidak menghalang =)

Dan..disini saya ingin kisahkan apa yang telah saya lakukan sepanjang saya tidak menulis di ruangan ini...sejak akhir2 ini..saya banyak menghabiskan masa membaca...membaca sesuatu untuk mencari sesuatu..membaca untuk mencari kebenaran..ketulenan...maka..pada pesta buku yang lepas...saya ada membeli beberapa buah buku...dan saya begitu teruja melihat pelbagai buku yang dijual dengan harga yang rendah...keterujaan itu turut dilihat pada setiap pengunjung yang datang juga...sudah lama saya inginkan buku ini...buku ini bertajuk Saya Pun Melayu..


buku ini saya kira wajib untuk dibaca oleh belia remaja..kerana...adalah perlu segala sikap yang ditonjolkan dalam buku non-fiction ini untuk dihayati..betapa nilai integriti itu perlu dalam mencorak sikap seseorang...seperti yang sedia maklum..zaid ibrahim pernah menjadi menteri pada era pak lah..walaubagaimanapun..beliau terpaksa melepaskan jawatan menteri kerana tidak bersetuju dengan kerajaan yang tidak mahu memansuhkan ISA..buku ini membawa kita lebih dekat dengan perbadi beliau...di dalam naskah ini juga diperjelaskan mengapa beliau tarik diri sebagai menteri...dan banyak juga kisah2 menarik mengenai usia muda beliau yang dapat kita hayati..

baru2 ini..terdengar dari hulu selangor..bahawa beliau telah dipilih menjadi calon Pakatan Rakyat untuk bertanding dalam pilihan raya kecil Hulu Selangor..saya doakan kemenangan buat beliau...kerana beliau mempunyai integriti yang kuat untuk menjadi pemimpin yang baik..

ada juga buku fiksyen yang saya beli...tapi bukan di pesta buku..tapi di sebuah kedai buku di PJ..lebih tepat lagi..di Amcorp Mall...atau lebih tepat tepat lagi dia Book Xcess....disitu buku2 fiksyen yang masih baru..yang biasanya dijual dengan harga 35.90 ringgit dijual dengan harga serendah 9.90 ke 17.90...jika anda peminat buku..saya pasti anda akan teruja melihat tag2 harga yang dilekat pada buku2 tersebut...dan mungkin juga menyesali kerana telah membeli buku yang sama kualitinya tapi pada harga yang jauh lebih mahal berbanding yang ditawarkan di kedai tersebut..bayangkanlah buku seperti Da Vinci Code..yang biasanya dijual dengan harga 35.90..dijual dengan harga serendah 9.90..dengan kualiti yang sama...buat2 peminat2 buku..jangan lepaskan peluang untuk singgah ke kedai buku tersebut...

sekian..salam..

Thursday, April 8, 2010

Kisah Itu pun Sampai Jua ke Penamatnya...

maka kisah laila majnun..mulai surut di lautan hati...maka kisah husrev dan shirin juga sayup2 lagi kedengaran...yang terdengar..cerita dari penjara resah..cerita dari lorong2 sepi yang menakutkan...cerita hati yang luka...dan cerita-cerita..dan cerita...semuanya tentang lara....

kususuri hari2 mendatang tanpa cerita cinta hangat..dan secawan kopi mcd pada waktu malam yang dingin ketika jasadmu betul2 disebelah ku..

aku lihat karya2 agung laila majnun..potret husrev shirin yang tergantung...terbakar..dan menjadi abu...lalu berterbangan di udara...

lalu aku gapai..ingin ia cantum semula..tapi aku lupa..ia sudah menjadi abu..maka tanganku hitam..sehitam2nya...

ketika ini..mencari fiksyen mengenai luka dihati...untuk menjadi pengubat dihati....solusinya mungkin bukan dalam senaskah karya...tapi aku gali jua..semahu2nya ingin melupakan majnun yang terlalu kasihkan laila..bagaimana membabi butanya...cintanya itu..harus juga dilupakan...

dan..aku juga ingin lupa...potret yang terlihat oleh husrev...kerana keindahan wajahnya itu juga mahu aku lupakan semahu2nya...seboleh2nya..sekeras2nya...

yang tinggal nanti kisah lara...

Monday, March 15, 2010

santai...

Saya cuba jadi santai sedikit..
ya!saya cuba..
tak percaya??

kalau tak percaya..
tak apalah..
sesiapa yang percaya..
teruskan percaya..

masih tak percaya?
saya masih belum santai?
yang kurang yakin..
akan jadi lebih gusar...

senyum,jangan marah...
saya tak tipu..
saya sedang sedikit santai..
jangan kalut,senyum..

bila saya senyum..
yang percaya mula gusar?
yang kurang yakin percaya?

saya cuba jadi santai..
jangan kerut yang membaca..
saya sedang santai..
anda yang gusar...

Monday, March 8, 2010

Cinta

Di mana letaknya lagi hati ini?

Di awal perkenalan kami...disitu sudah mula ada bait2 cinta yang terjalin...tapi bukan dia...mungkin aku saja..mungkin aku saja yang merasakan perasaan seperti itu..lalu apabila dikhabarkan isi di dalam hati...mula terbit perkataan yang aku jangkakan akan terpacul dari bibirnya..."u gila"...ditambah pula dengan,"tak mungkin u sayang orang tu dalam masa sehari"...cinta...tak ada logiknya..mungkin dia menetap di hati mereka yang ada dalam lingkungan ruang dan waktu....sebenar cinta tidak wujud dalam keadaan sebegitu kerana di situ tidak ada logiknya...ia hanya sesuatu yang abstrak...yang sukar untuk didefinasikan...percayalah...kalau ada yang duduk semeja..memerhatikan dia mengelap telefon bimbit itu...pasti akan terbit sesuatu rasa abstrak itu...yang masih belum muncul definasinya...kerana di dalam hati aku itu letaknya definasi itu...mungkin hati juga bukan berada dalam ruang dan waktu....terletak di luar lingkungan itu...

Ain...sungguh..perasaan itu sangat2 mendalam dan bermakna...kalau terpaksa tangan itu aku lepaskan....aku percaya tanganku akan mengigil sepanjang hayat...mengigil kerana terlalu kasihkan...dan..terlalu menyesal membiarkan kau pergi...pergi...begitu saja...walaupun sudah 2 kali...hati kau itu aku sentuh...namun,akhirnya...

Hati ini di mana letaknya lagi?dikuburan yang sekali sekala saja disinggah cinta...mahupun disanggah cinta...

aku masih rasakan hangat cinta itu...walaupun dalam ruang dan waktu...kau benar2 pergi...

gelap...dan kemudian aku akan hilang...

Thursday, February 11, 2010

Blog Mahu Ditutup Akaunnya..

Bila emosi menguasai diri...
maka keputusan yang bukan terbaik menjadi pilihan...

Thursday, February 4, 2010

Cerita Hati..

Sekali lagi..hati ini masih diduga...kali ini sehebat2nya...seperti ingin membenamkan terus...perasaan yang murni itu...

ya..angkanya masih kecil..tapi itu bukan melambangkan yang aku tidak matang dalam membuat sesuatu pertimbangan...sejarah hitam sering menjadi igauan..menghalang untuk aku terus menghampiri dia...kadangkala lidah ku menjadi kelu untuk berkata,tapi terkadang2 menjadi terlalu lancar bila ingin menyakan soal penerimaannya...ya..hidup satu penantian..tapi digantung tanpa tali juga satu penantian untuk kematian yang menyeksakan..

sejarah hitam itu adalah berita tergempar dari neraka kehidupan..dia mungkin membeliakan biji matanya...menyatakan rasa kasihan..menyatakan rasa simpati..bukan itu yang aku mahu...aku mahu menjadi manusia jujur..tidak menipu dalam perhubungan..dan lebih daripada itu..aku mahu penerimaannya dalam hal itu...aku mahu mengetahui pendiriaannya...adakah pendiriaannya itu sama seperti orang yang sebelumnya...

kalau dia berlalu pergi..maka..hati ini dimana tempatnya lagi?disini..dan akan terus terkubur dan tertutup rapi..

Friday, January 22, 2010

Luahan Hati Orang Bujang

Perjalanan yang masih panjang ini..membuatkan aku tertanya2...apakah penyudahannya akan baik ataupun sebaliknya...semakin hari,semakin ku rasakan hari2 mendatang terlalu misteri...terlalu kabur..dan sukar diolah..malah sukar dijangka....apa yang hanya mampu difikirkan....bagaimana untuk merencanakan perjalanan akan datang supaya tidak salah lagi dipersimpangan yang mengelirukan...

20 tahun,perancanaannya aku fikir masih belum sempurna...kerana 20 itu adalah proses,menghayati,mengenal,dan bermesra2 dengan erti kehidupan....maka,aku sasarkan lagi 20 kehadapan untuk merencanakan sesuatu yang berharga dan berguna kepada diri dan masyarakat...ya,semuanya kelihatan masih seperti angan2 yang panjang...tetapi setiap permulaan bermula dengan angan2 kemudian perancangan..

aku mahu membentuk satu ikatan spiritual yang kuat..yakni,satu ikatan yang kuat dengan maha pencipta..mendekatkan diri denganNya..merasakan kehadiranNya dalam hati..merasakan ketenangan ketika sujud...dan merasakan harapan yang menebal semasa menadah tangan kelangit...kerana nilai setiap ilmu diletakan dibawah metafizik...yang meletakkan ketuhanan sebagai teratas dalam hireaki ilmu....tapi kita berjalan tangan dibawah,kaki ke atas,kata seoarang pensyarah...

impian yang lainnya..sudah semestinya aku mahu bergraduat dengan keputusan yang membanggakan...dan keluar menjadi produk yang baik..atau lebih tepat menjadi guru yang baik....yang dapat membentuk anak bangsa mengikut acuan bangsanya dan berjaya dalam pelbagai bidang dan mungkin juga mengharumkan nama negara...sebenarnya pada awalnya aku tidak meminati profesyen perguruan...namun aku cuba mendekati kemurniaannya..kemurniaan dalam mendidik..anak bangsa...

dan yang menjadi penyebab mengapa aku di kampus hijau ini,adalah kerana mereka..mereka yang membesarkan aku dengan tangan rahmat dan tak kenal erti penat...mereka juga yang tetap sabar dalam setiap tingkah laku ku yang kadang kala pincang...mereka lah yang bertungkus lumus dalam mencari nafkah demi melihat aku memebesar dengan baik dan berpendidikan..ah!pergorbanannya terlalu besar untuk aku huraikan diruangan yang terlalu sempit ini...apa yang aku mampu(walaupun tidak mampu membalas dengan setimpalnya) hadiahkan hanya sekarung ucapan terima kasih yang tidak terhingga..ayah dan ibu...kerana membesarkan aku menjadi seorang insan yang mengenal erti kasih sayang...

Dan buat si dia..yang selalu mengalah..selalu berbakti..selalu sabar...selalu memahami..malah terlalu baik hati..aku juga ingin ucapkan terima kasih,kalau jodohnya panjang dan dimakbulkan doa..maka akan bersatulah kita..buat rakan2 juga..yang saya kira sangat mengambil berat dalam setiap hal...saya ucapkan terima kasih...

perjalan masih panjang,dan tidak terhenti diruangan ini saja..aku akan keluar kesana dengan penuh kehormatan dan penuh kesabaran dalam menempuh alam dunia yang penuh cabaran...dan mencari2 akhirat yang pastinya akan tiba..di kemudian hari...

sekian..

Saturday, January 9, 2010

Boneka

-jangan diganggu hak milik orang!
+kenapa,salahkah??
-dah nama hak orang,masih hendak menyelit2 lagi,tak tahu malu ke?ha..salah atau tak fikir sendiri,sudah besar buat pertimbangan sendiri..
+jadi,anjuran apakah yang encik rasa sesuai supaya saya tak menggangu hak milik orang lagi?
-pergi bunuh dia..
+bunuh siapa?
-dia..
dialah,yang menghalang cinta dan cita2 mu...perjalan akan lebih halus,rapi..kalau dia dah tak ada..kau bukan lagi perampas..
+baru tadi encik mempersoalkan yang salah dan betul,kelihatan encik menganjurkan sesuatu perkara yang jelasnya salah...
-ah!sekarang baru hendak berfikir?
+ya baru terfikir..
-kau memang dasar..perampas yang tak punya akal..
+ya..saya terfikir begitu juga...dia beritahu langkah mayat kekasihnya dahulu..harus dibunuh?begitu?
-ha!itu anjuran aku,buruk dan baik kau fikir sendiri,kau sudah besar boleh buat pertimbangan sendiri...
+ya2...sudah zohorkah?mahu minta petunjuk..selepas solat hati jadi tenang...boleh buat pertimbangan
-berlagak alim!
+berlagak..show off!
-ya!alim show off....
+show off alim!
-alim show off!bahasa inggeris di baca terbalik
+itu rojak!
-ah!ada aku peduli?semua pun bukan memeperdulikan bahasa..kau,kau bukan bangsa aku..kau juga peduli apa?
+kenapa saya bukan sebangsa kamu?
-kulit mu warna-warni!ya warna rainbow!you know!
+Mmmm...jadi anjuran tadi harus dilaksankan?atau perlu alim show off dulu?
-kau juga!rojak!kau sudah besar boleh buat pertimbangan sendiri..
+kau seperti tak membawa ke arah penyelesaian...
-kau juga dungu yang tak faham2 maksud ku..
+kita seharus tidak bertembung
-ya!aku juga penat berdiri di atas stage yang sungguh panas ini..

p/s:hanya rekaan semata2,tak ada kaitan dengan yang hidup dan mati..

Cerita Warung Kopi di Serdang

saya sudah kembali ke kampus hijau,Universiti Putra Malaysia...meneruskan lagi sisa perjuangan yang sebenarnya masih panjang...alhamdullilah,semuanya berjalan dengan lancar...pendaftaran kursus juga berjalan dengan baik...kelas juga tidak terlalu penuh pada hari2 yang tertentu...luarannya kelihatan tenang...dan diharap penumpuaan di dalam kelas juga setenang perjalanan tadi...

Namun,ada kisah yang sedikit kurang menyenangkan...al maklum lah wahai penghuni kampus...pada awal semester ini...kita akan dibebani dengan kos2 untuk membeli buku dan sebagainya..tidak lupa juga..yuran pengajian...ya,yuran perngajian...

selepas memeriksa baki akaun di atm,saya dengan nada kecewa(dalam hati)melihat wang pinjaman ptptn hanya tinggal kurang dari rm 1200..lantas saya teringat kata2 rakan saya..dalam 'recall' yang samar2 itu...saya terdengar bahawa yuran pengajian di UPM adalah yang termahal berbanding yuran pengajian di IPTA lain...saya kurang pasti hal ini..dalam 'recall' yang makin jelas itu juga,saya terdengar seorang rakan berseloroh.."kau tak tengok tv ke?UPM buat iklan..agaknya itu yang mahal"..saya biarkan saja persoalan demi persoalan menghentam minda saya yang masih kerunsingan dengan wang yang sejumlah itu...

turunkan skop kampus,dan mari kita melihat apa ceritanya pula di kolej 'yang indah berseri'..bagi penghuni kolej tersebut..kami sangat2 al maklum bahawa kami ditempatkan di kolej yang berstatus swasta..wah mewah bunyinya..orang kata indah khabar dari rupa..saya juga hampir tertipu dengan status swasta itu...sebenarnya status kolej tradisional lebih...buruk khabar indah rupa...

gerakan 12 baru2 ini membuka mata penghuni kolej kami,bahawa kepentingan dan hak kami sebagai pengguna harus diberi perhatian yang lebih..kerana penghuni kolej swasta membayar lebih mahal daripada penghuni kolej tradisional...semangat untuk berjuang demi hak kami ini sebenarnya ditiup oleh pengetua baru kolej kami bagi mengantikan dr saidon yang berpindah ke kossas...namun dalam nada yang berkobar itu,sekali lagi perasaan amarah harus dijinakan dengan sistem birokrasi..anjuran pengetua baru..supaya aduan dibuat dengan saluran yang betul...tapi bagi pendapat saya..apabila bertahun2 penghuni kolej kami memperjuangkan hak...dan tidak didengari..adakah saluran yang betul dan birokrasi itu masih releven?maka saya berfikir juga mengapa terlalu banyak berlakunya demonstrasi jalanan yang di siarkan pihak media pada tahun lepas?adakah nasib mereka yang berdemonstrasi itu juga tidak didengari?ya,saya ad perasaan yang kuat untuk mempersetujui hal itu..

Dunia sudah hilang keadilannya...wang juga menguasai diri...maka kewarasan manusia juga sudah luntur...

apapun dengan penuh harapan,doa,dan tawakal kuharap perjalanku di UPM penuh dengan warna warni kenangan walaupun ada carit2 rasa tidak puas hati atas hal2 yang tertentu...

salam

p/s:buat pelajar2 bachelor sains dengan pendidikan,dan pelajar pendidikan...saya dengar2..biasiswa KPM dibekukan..saya harap kalian bersabar....dan tidak putus2 berdoa...