Wednesday, April 14, 2010

Sama-sama

terbaca blog seorang sahabat...digambarkan seseorang itu seperti betul2 saya...dibaca berulang kali..seperti peristiwa yang dikisahkan itu...tepat mengoncang memori saya..setelah diberi pengamatan yang teliti..ya benar...ini ada kaitannya dengan saya..maka...saya juga ingin menulis perkara yang sama...untuk menyatakan terima kasih yang teramat buat saudari...dan juga sama-sama atas terima kasih yang diberi kepada saya...
kisahnya agak panjang lebar...buat pengetahuan saudari..kertas2 itu masih tersimpan dalam laci yang rapi...jangan risau...kalau ingin membaca kembali..apa yang ditulis..silakan..saya tidak menghalang =)

Dan..disini saya ingin kisahkan apa yang telah saya lakukan sepanjang saya tidak menulis di ruangan ini...sejak akhir2 ini..saya banyak menghabiskan masa membaca...membaca sesuatu untuk mencari sesuatu..membaca untuk mencari kebenaran..ketulenan...maka..pada pesta buku yang lepas...saya ada membeli beberapa buah buku...dan saya begitu teruja melihat pelbagai buku yang dijual dengan harga yang rendah...keterujaan itu turut dilihat pada setiap pengunjung yang datang juga...sudah lama saya inginkan buku ini...buku ini bertajuk Saya Pun Melayu..


buku ini saya kira wajib untuk dibaca oleh belia remaja..kerana...adalah perlu segala sikap yang ditonjolkan dalam buku non-fiction ini untuk dihayati..betapa nilai integriti itu perlu dalam mencorak sikap seseorang...seperti yang sedia maklum..zaid ibrahim pernah menjadi menteri pada era pak lah..walaubagaimanapun..beliau terpaksa melepaskan jawatan menteri kerana tidak bersetuju dengan kerajaan yang tidak mahu memansuhkan ISA..buku ini membawa kita lebih dekat dengan perbadi beliau...di dalam naskah ini juga diperjelaskan mengapa beliau tarik diri sebagai menteri...dan banyak juga kisah2 menarik mengenai usia muda beliau yang dapat kita hayati..

baru2 ini..terdengar dari hulu selangor..bahawa beliau telah dipilih menjadi calon Pakatan Rakyat untuk bertanding dalam pilihan raya kecil Hulu Selangor..saya doakan kemenangan buat beliau...kerana beliau mempunyai integriti yang kuat untuk menjadi pemimpin yang baik..

ada juga buku fiksyen yang saya beli...tapi bukan di pesta buku..tapi di sebuah kedai buku di PJ..lebih tepat lagi..di Amcorp Mall...atau lebih tepat tepat lagi dia Book Xcess....disitu buku2 fiksyen yang masih baru..yang biasanya dijual dengan harga 35.90 ringgit dijual dengan harga serendah 9.90 ke 17.90...jika anda peminat buku..saya pasti anda akan teruja melihat tag2 harga yang dilekat pada buku2 tersebut...dan mungkin juga menyesali kerana telah membeli buku yang sama kualitinya tapi pada harga yang jauh lebih mahal berbanding yang ditawarkan di kedai tersebut..bayangkanlah buku seperti Da Vinci Code..yang biasanya dijual dengan harga 35.90..dijual dengan harga serendah 9.90..dengan kualiti yang sama...buat2 peminat2 buku..jangan lepaskan peluang untuk singgah ke kedai buku tersebut...

sekian..salam..

No comments:

Post a Comment