Friday, January 22, 2010

Luahan Hati Orang Bujang

Perjalanan yang masih panjang ini..membuatkan aku tertanya2...apakah penyudahannya akan baik ataupun sebaliknya...semakin hari,semakin ku rasakan hari2 mendatang terlalu misteri...terlalu kabur..dan sukar diolah..malah sukar dijangka....apa yang hanya mampu difikirkan....bagaimana untuk merencanakan perjalanan akan datang supaya tidak salah lagi dipersimpangan yang mengelirukan...

20 tahun,perancanaannya aku fikir masih belum sempurna...kerana 20 itu adalah proses,menghayati,mengenal,dan bermesra2 dengan erti kehidupan....maka,aku sasarkan lagi 20 kehadapan untuk merencanakan sesuatu yang berharga dan berguna kepada diri dan masyarakat...ya,semuanya kelihatan masih seperti angan2 yang panjang...tetapi setiap permulaan bermula dengan angan2 kemudian perancangan..

aku mahu membentuk satu ikatan spiritual yang kuat..yakni,satu ikatan yang kuat dengan maha pencipta..mendekatkan diri denganNya..merasakan kehadiranNya dalam hati..merasakan ketenangan ketika sujud...dan merasakan harapan yang menebal semasa menadah tangan kelangit...kerana nilai setiap ilmu diletakan dibawah metafizik...yang meletakkan ketuhanan sebagai teratas dalam hireaki ilmu....tapi kita berjalan tangan dibawah,kaki ke atas,kata seoarang pensyarah...

impian yang lainnya..sudah semestinya aku mahu bergraduat dengan keputusan yang membanggakan...dan keluar menjadi produk yang baik..atau lebih tepat menjadi guru yang baik....yang dapat membentuk anak bangsa mengikut acuan bangsanya dan berjaya dalam pelbagai bidang dan mungkin juga mengharumkan nama negara...sebenarnya pada awalnya aku tidak meminati profesyen perguruan...namun aku cuba mendekati kemurniaannya..kemurniaan dalam mendidik..anak bangsa...

dan yang menjadi penyebab mengapa aku di kampus hijau ini,adalah kerana mereka..mereka yang membesarkan aku dengan tangan rahmat dan tak kenal erti penat...mereka juga yang tetap sabar dalam setiap tingkah laku ku yang kadang kala pincang...mereka lah yang bertungkus lumus dalam mencari nafkah demi melihat aku memebesar dengan baik dan berpendidikan..ah!pergorbanannya terlalu besar untuk aku huraikan diruangan yang terlalu sempit ini...apa yang aku mampu(walaupun tidak mampu membalas dengan setimpalnya) hadiahkan hanya sekarung ucapan terima kasih yang tidak terhingga..ayah dan ibu...kerana membesarkan aku menjadi seorang insan yang mengenal erti kasih sayang...

Dan buat si dia..yang selalu mengalah..selalu berbakti..selalu sabar...selalu memahami..malah terlalu baik hati..aku juga ingin ucapkan terima kasih,kalau jodohnya panjang dan dimakbulkan doa..maka akan bersatulah kita..buat rakan2 juga..yang saya kira sangat mengambil berat dalam setiap hal...saya ucapkan terima kasih...

perjalan masih panjang,dan tidak terhenti diruangan ini saja..aku akan keluar kesana dengan penuh kehormatan dan penuh kesabaran dalam menempuh alam dunia yang penuh cabaran...dan mencari2 akhirat yang pastinya akan tiba..di kemudian hari...

sekian..

No comments:

Post a Comment