Saturday, January 9, 2010

Cerita Warung Kopi di Serdang

saya sudah kembali ke kampus hijau,Universiti Putra Malaysia...meneruskan lagi sisa perjuangan yang sebenarnya masih panjang...alhamdullilah,semuanya berjalan dengan lancar...pendaftaran kursus juga berjalan dengan baik...kelas juga tidak terlalu penuh pada hari2 yang tertentu...luarannya kelihatan tenang...dan diharap penumpuaan di dalam kelas juga setenang perjalanan tadi...

Namun,ada kisah yang sedikit kurang menyenangkan...al maklum lah wahai penghuni kampus...pada awal semester ini...kita akan dibebani dengan kos2 untuk membeli buku dan sebagainya..tidak lupa juga..yuran pengajian...ya,yuran perngajian...

selepas memeriksa baki akaun di atm,saya dengan nada kecewa(dalam hati)melihat wang pinjaman ptptn hanya tinggal kurang dari rm 1200..lantas saya teringat kata2 rakan saya..dalam 'recall' yang samar2 itu...saya terdengar bahawa yuran pengajian di UPM adalah yang termahal berbanding yuran pengajian di IPTA lain...saya kurang pasti hal ini..dalam 'recall' yang makin jelas itu juga,saya terdengar seorang rakan berseloroh.."kau tak tengok tv ke?UPM buat iklan..agaknya itu yang mahal"..saya biarkan saja persoalan demi persoalan menghentam minda saya yang masih kerunsingan dengan wang yang sejumlah itu...

turunkan skop kampus,dan mari kita melihat apa ceritanya pula di kolej 'yang indah berseri'..bagi penghuni kolej tersebut..kami sangat2 al maklum bahawa kami ditempatkan di kolej yang berstatus swasta..wah mewah bunyinya..orang kata indah khabar dari rupa..saya juga hampir tertipu dengan status swasta itu...sebenarnya status kolej tradisional lebih...buruk khabar indah rupa...

gerakan 12 baru2 ini membuka mata penghuni kolej kami,bahawa kepentingan dan hak kami sebagai pengguna harus diberi perhatian yang lebih..kerana penghuni kolej swasta membayar lebih mahal daripada penghuni kolej tradisional...semangat untuk berjuang demi hak kami ini sebenarnya ditiup oleh pengetua baru kolej kami bagi mengantikan dr saidon yang berpindah ke kossas...namun dalam nada yang berkobar itu,sekali lagi perasaan amarah harus dijinakan dengan sistem birokrasi..anjuran pengetua baru..supaya aduan dibuat dengan saluran yang betul...tapi bagi pendapat saya..apabila bertahun2 penghuni kolej kami memperjuangkan hak...dan tidak didengari..adakah saluran yang betul dan birokrasi itu masih releven?maka saya berfikir juga mengapa terlalu banyak berlakunya demonstrasi jalanan yang di siarkan pihak media pada tahun lepas?adakah nasib mereka yang berdemonstrasi itu juga tidak didengari?ya,saya ad perasaan yang kuat untuk mempersetujui hal itu..

Dunia sudah hilang keadilannya...wang juga menguasai diri...maka kewarasan manusia juga sudah luntur...

apapun dengan penuh harapan,doa,dan tawakal kuharap perjalanku di UPM penuh dengan warna warni kenangan walaupun ada carit2 rasa tidak puas hati atas hal2 yang tertentu...

salam

p/s:buat pelajar2 bachelor sains dengan pendidikan,dan pelajar pendidikan...saya dengar2..biasiswa KPM dibekukan..saya harap kalian bersabar....dan tidak putus2 berdoa...

No comments:

Post a Comment