Tuesday, December 8, 2009

Bahasa Jiwa Bangsa

Tanpa berselindung,saya mengakui amat mengangumi A.samad Said..bukan kerana pangkat dan gelarannya,tetapi perjuangannya disaat akhir usianya...beliau masih lagi lantang dan kuat mempertahankan martabat Bahasa Melayu...beliau aktif dalam isu PPMSI yang menjadi kemelut dalam sistem pendidikan negara kini...

ini lebih terbukti dengan terhasilnya sajak 'suara dari dinding dewan' yang pada dasarnya(pada pengamatan saya)melahirkan rasa kecewa terhadap pemimpin yang hanya mengagungkan bahasa sewaktu di pentas pilihanraya tetapi setelah memegang tampuk kuasa lupa akan jasa bahasa terhadapnya(ini hanya cebisan saja dari sajak berkenaan)

kepincangan isu bahasa ini lebih dikeruhkan lagi dengan keputusan untuk merombak semula silibus komsas yang dahulunya deserikan dengan karya2 sasterawan.Tetapi silibus baru ini nampaknya lebih berat kepada karya2 kotemporari yang lebih ringan sifatnya...dengan alasan mengelakan kebosanan para pelajar..

karya kotemporari ini lebih sederhana sifatnya,atau lebih mudah dipanggil karya pop..
karya2 ini diterbikan dalam bentuk novel dan menjadi kegilaan para remaja kini..

pernah satu ketika sy dihadiahi sebuah novel pop...atas rasa menghargai..saya membacanya sehingga ke muka surat terakhir..disini saya melihat hanya tema cinta diangkat setinggi2nya...dan pemikiran dalam novel tersebut tenyata santai...tetapi terlalu mengkhayalkan daripada membimbing..jika cerita2 sebegini disogokan,makanya kita akan melihat generasi muda yang galak bercinta..daripada berfikir untuk memajukan diri mereka..

seharusnya penulis peka terhadap keperitan bangsanya bukan membawa bangsanya terutama remaja berkhayal dalam dunia cinta sahaja!

pemilihan para panel komsas ini bagi saya amat membimbangkan..kerana menolak karya2 sasterawan yang sememangnya memperlihatkan mutu yang tinggi jika dibandingkan dengan karya2 pop atau karya2 picisan itu..

jika pemikiran novel picisan ini diterapkan dalam jiwa anak muda
kita akan melahirkan masyarakat yang sibuk bercinta,
sekolah juga mungkin akan menjadi institut mencari cinta..
siapa tahu?

ya,saya melihat redup matanya,ketika di LRT saya lihat ada keperitan...tapi ditelannya juga..
melihat anak bangsanya yang memperkotakatikan bahasa..

p/s:maafkan saya jika ada tersalah maklumat,maklumlah manusia tak lari dari melakukan kesilapan,kalau ada salah tegur2lah.

No comments:

Post a Comment