Tuesday, December 8, 2009

'post' pertama

Rasanya..sudah lama tak menulis..terasa kekok pula pada awalnya..juga terasa takut untuk memulakanya..takut2 apa yang ditulis tak menepati selera pembaca yang sering berubah2 minatnya..akan tetapi hati ini seakan rindu akan dunia penulisan..sebelum ini,lebih cenderung menulis skrip2 drama sketsa,itu sewaktu dibangku sekolah menengah dulu..namun,minat itu tengelam timbul dek kerana bebanan yang dihadapi di universiti..otak diperah supaya menelaah hal2 sains seperti fizik,kalkulus dan biologi..hal ini mungkin penyebab hasrat untuk menulis padam begitu sahaja...

sudah lama sebenarnya hasrat itu terkubur...namun dikuatkan juga azam..untuk menulis lagi..
kerana minat sebenarnya lebih menjurus kearah bahasa,tapi disebabkan pilihan ibu bapa(bukan kahwin paksa!),terpaksalah saya meneruskan perjuangan dalam bidang sains,yang adakalanya menyeronokan,dan adakala membosankan..

ruangan ini saya adakan untuk saya manfaatkanya dalam berkongsi suka duka hidup dan mungkin juga idea2 baru yang bermain dalam kotak fikiran saya..

oh ya!entah apa yang menjadi pengerak untuk saya menulis lagi?..
mungkinkah kerana 'ilham di tepi tasik'?

masih misteri yang panjang...

1 comment:

  1. bahasa ante sangat istimewa. truskan perjuangan ante didalam bidang penulisan. :p

    ReplyDelete