Wednesday, December 9, 2009

bisnes.bisnes.bisnes

Manusia semakin berlumba2 dalam mengejar kekayaan hidup...tambahan pula,kos sara hidup yang semakin tinggi,lagi2 hidup mencari rezeki di kota,memaksa penghuni kota ini mencari 'income' tambahan...atau lebih terbiasa disebut sebagai 'side income'..bagi meneruskan kelansungan hidup di kota..

Atas desakan sebegini makanya perniagaan yang berorientasikan MLM(multi-level marketing)tumbuh bagai cendawan..kita dapat lihat pelbagai jenama MLM berada di pasaran..tak perlulah saya nyatakan disini jenama2nya,mungkin anda semua sudah sedia maklum..

kebetulan,sepupu saya,minat dengan perniagaan sebegini,pelbagai jenis perniagaan dah dia sertai..tapi saya lihat,hanya satu perniagaan ini sahaja yang memberikan dia keuntungan...

semuanya bermula di Bandar Sunway...

saya dipelawa sepupu saya untuk melihat sendiri rakan2nya yang sudah berjaya,kami lansung ke Bandar Sunway

Setibanya di Restoran Zubaidah(dimana kaki2 bisnes ini selalu menghabiskan waktu),3 perkara yang menarik perhatian saya

1.Hampir semua yang makan disana berbaju kemeja seperti baru pulang dari pejabat(walaupun waktu itu sudah hampir jam 12 malam)
2.kebanyakan diantara mereka mengengam telefon bimbit blackberry
3.Kereta2 mewah...

Bukan memperkecilkan Restoran Zubaidah itu,tetapi entah mengapa tempat makan sebegini dipilih oleh mereka yang kelihatannya mewah untuk menghabiskan waktu membincangkan soal bisnes dan sebagainya...

Rata2 yang pergi kesana membincangkan hal2 bisnes,yang taikonya pula menceritakan kepada orang2 baru yang dipancingnya mengenai kehebatan bisnes ini..saya juga turut serta mendegar perbualan mereka...sekadar pasang telinga...mereka bercoleteh mengenai kereta2 mewah,wang,dan keuntugan yang mereka akan perolehi jika dapat memancing dua tiga orang lagi menyertai bisnes mereka...kesimpulannya dari apa yang saya dengar,mereka ini memang mempunyai wawasan dan matlamat,tapi hanya kearah kereta2 mewah...tak kedengaran pula kalau dapat untung nak beli tanah ka,rumah ka,pergi haji ka....mungkin mereka hanya berniat dihati,tak mahu menunjuk2,mungking,fikir saya...

3 perkara yang saya nyatakan tadi adalah hanya sekadar alat untuk menyakinkan ahli2 yang berniat untuk menceburi bisnes ini...bahawa hasil daripada bisnes tersebut dapat menjana kekayaan material yang mereka tayangkan itu...

tidak salah untuk berniaga dan membeli aset2 tertentu selepas mendapat keuntungan,tetapi biarlah niat itu betul,bukan kerana ingin menunjuk2 tetapi kerana Allah..apa saja yang kita lakukan di dunia hanya kerana Allah,kerana jalanNya...bukan kerana manusia...rezeki datangnya dari Allah..bukan dari taiko2 bisnes berkenaan...

Saya melihat bisnes2 ini ad baiknya juga,kerana ia dapat menjana pendapatan sampingan...dan menstabilkan ekonomi keluarga...buruk baiknya datang dari niat kita,melakukan bisnes kerana apa...itu saja.

dunia yang semakin mengejar kearah kekayaan materialistik ini sememangnya saya lihat menghapuskan nilai santun dan moral diri kita..manusia sanggup melupakan halal haram semata2 ingin mengecapi kekayaan material...maka rasuah berleluasa,tipu menipu dalam perniagaan dan sebagainya...

Ambilah ikhtibar dari kisah Nabi Muhammad s.a.w,bagaimana baginda amat mementingkan sifat kejujuran dalam berniaga...dan mengutamakan pedapatan yang halal...

berbalik pada bisnes yang saya ceritakan tadi...saya masih tertanya,bagaimana keuntungan itu dijana?jika pelaburan..pelaburan itu kearah mana?Dilaburkan ke kasino kah?saya rasa ini yang terlepas pandang dalam ruih rendah suasana di pesta bisnes itu..mereka dikaburi wang,kemewahan tanpa memikirkan dimana sebenarnya wang mereka dilaburkan!

No comments:

Post a Comment