Tuesday, December 8, 2009

Dua Dekad

Dalam usia hampir dua dekad ini..terasa diri semakin meningkat usia..terasa seperti banyak masa yang berlalu dibuang begitu sahaja..dan masa2 lapangnya diisi dengan perkara2 yang melalaikan..
terutamanya ketika cuti sem..rutin harian perpusar sekitar makan,tidur,'online'..kalau di universiti pula..masa banyak dihabiskan pada waktu lapang dengan berjalan2 di pusat membeli belah,menonton wayang dan membeli belah yang ternyata memerlukan wang yang banyak jika kerap kali pergi ke tempat2 berkenaan...

tabiat ini saya kira mungkin kerana kita mencari2 sesuatu untuk mengisi kekosongan jiwa...namun apa yang dilakukan di atas gembiranya hanya bersifat sementara dan tak kekal..

saya menemui sebuah buku yang saya fikir menarik untuk dihayati..



jangan kerana tajuknya 'don't be sad' kita mengangap buku ini hanya untuk orang yg sedih2 sahaja..buku ini saya yakin dapat memberi impak positif kepada para pembaca,kerana buku ini menyentuh secara keseluruhan aspek kehidupan manusia dari segi perhubungan dengan Allah,teman dan manusia sejagat...pada setiap 'point' yang diberikan akan desilitkan juga hadis2 dan juga ayat2 suci Al-Quran supaya mengingatkan kita kehidupan ini tidak terlepas daripada syriat islam yang Allah telah tetapkan..

buku ini juga penuh dengan pelbagai bentuk nasihat dalam membimbing kita untuk menempuh dunia akhir zaman yang penuh dengan kelalaian.

saya sendiri apabila membacanya terasa seperti diberi nafas baru untuk hidup...

buku ini benar2 bagus jika dihayati sebaiknya..janganlah terlalu lokek untuk mengeluarkan sedikit wang untuk membeli buku seperti ini..bukan buku ini sahaja,buku2 ilmiah lain juga..sedangkan kita boleh membelanjakan 50-100 ringgit untuk 'topup' tak akanlah buku yang semurah 40 ringgit tak mampu debeli,sedangkan ianya pelaburan rohaniah yang cukup berkesan...

saya bukanlah 'alim' sangat dalam bab2 agama ini..tapi ada usaha kearah itu...biasalah,kita manusia biasa,masih, musuh kita, adalah kealpaan kita sendiri...

No comments:

Post a Comment