Wednesday, December 9, 2009

Namaku Merah

kebebasan dalam berkarya tidak selalunya dikecapi kebanyakan penulis di sesetengah negara yang mewarnai peta dunia ini...kebebasan 'total' dalam berkarya dilihat dapat memberikan impak yang negatif terutamanya terhadap pemimpin sesebuah negara,hal ini kerana kebanyakan karya2 terlarang ini menceritakan kebusukan pemimpin2 sesebuah negara...dan mengenai kejelikan cara para pemimpin ini mentadbir negara...

Tanah dimana bumi kita pijak ini juga tidak terlepas mengalami nasib yang sama...novel bertajuk 'shit' karya Sasterawan negara Shahnon Ahmad adalah salah satu mangsanya,novel satira ini menceritakan kebusukan pemimpin yang mengamalkan rasuah dan kronisme dalam mentadbir negara...secara keseluruhannya novel satira ini,dipenuhi dengan segala kata2 mual,resah,caci,hamun yang meluak2....saya sendiri membacanya pada awalnya tidak dapat menerima kata2 yang semacam jijik itu,tetapi realitinya 'kebusukan' yang diceritakan itu setimpal atau setaraf dengan apa yang dilakukan oleh pemimpim berkenaan...bukan saya mengagung2kan karya seperti ini..tetapi,inilah hakikatnya,suara hati seorang rakyat,yang melihat sendiri 'kebusukan',lalu dijemlakan dalam bentuk novel seperti 'shit' ini,Ya!tajuknya sahaja sudah mengambarkan isinya....Hal ini juga berlaku di negara2 lain,Orhan Pamuk,penulis konterversi turkey ini juga melahirkan rasa yang sama dalam karya2nya...namun tidak kesemua novelnya bersifat begitu...My Name is Red..karya beliau yang saya kira cukup bagus untuk dihayati..kerana novel ini sarat dengan sejarah mengenai bidang seni halus..latar belakang novel ini sekitar zaman 'ottoman ampire'...setiap bab penceritaannya disusun begitu teratur dan penceritaannya juga tidak meleret dan membosankan...tidak mustahilah novel ini diangkat untuk memenangi anugerah International IMPAC Dublin Literary Award pada tahun 2003...dan juga penulisnya memenagi Hadiah Nobel 3 tahun selepas kemenagan novelnya itu...

Namun dalam kebebasan yang diperjuangkan mereka dalam karya2,masih perlu ada batasannya...penulis sesuatu karya haruslah tahu perlu ada ruang lingkup batasan yang dirasaknnya boleh untuk mempersoalkan itu dan ini,tetapi apabila menyentuh hal2 agama,kita haruslah lebih berhati2 demi menjaga 'sensitivity' penganutnya...bukan seperti 'The satanic Versus' yang terang2an menghina Nabi Muhammad s.a.w..dan cukup sedih apabila penulis novel berkenaan mengaku dirinya menganuti Islam!

No comments:

Post a Comment