Friday, December 11, 2009

Ninja Si Pembunuh Upahan

Filem2 barat terus-menerus mewarnai dan menjadi penyeri kepada pawagam2 di seluruh malaysia..sekaligus menengelamkan filem2 tempatan daripada arus persaingan....ada juga yang beranggapan filem2 tempatan hanya 'tangkap muat' dan tidak bermutu..mereka lebih senang mengagungkan filem2 dari barat...kerana mereka beranggapan bahawa filem2 barat kelihatan lebih menarik dan lebih mengasyikan berbanding filem2 tempatan..ya,memang benar filem2 barat gah dimana2 negara pun...ini kerana para tenaga produksinya sanggup membelanjakan berjuta ringgit..untuk menerbitkan sesuatu filem yang sarat dengan pengunnaan teknologi terkini..tetapi adakah filem2 dari barat ini mampu menerapkan nilai2 murni kepada penontonya lebih2 lagi di negara kita yang sememangnya menerapkan nilai2 ketimuran dalam kehidupan seharian?saya baru sahaja habis menonton,'ninja assasin' di KLCC semalam..ditemani sepupu saya dan rakannya..apa yang saya mampu katakan dari segi visualnya(yang dilihat dengan mata kasar)..filem ini hampir di setiap 'scene'nya diwarnai dengan merah darah..kadangkala saya keliru,kerana ton warna darahnya hampir sama bagi setiap watak..saya fikir filem ini ala2 komik...filem ini juga sarat dengan aksi 'martial art' ninja yang cukup memberansangkan...bagi peminat filem aksi saya fikir mungkin inilah filem yang anda cari2..

Filem ini bukan setakat aksi semata,jika deberi pengamatan yang teliti,saya yakin anda akan terhadam beberapa falsafah dan persoalan yang cuba disampaikan melalui filem ini...ya!saya faham benar filem dibuat untuk hiburan,tetapi hiburan bukan hiburan yang kosong,filem seharusnya mengajak penontonya berfikir,bukan pulang rumah,berangan2 ingin menjadi seperti hero di dalam filem yang ditonton...seharusnya,rm11 yang kita laburkan,janganlah kearah hiburan sahaja,kalau ada ilmu yang boleh kita cedok dari filem berkenaan,ambilah peluang untuk mengamatinya...

Tetapi sesetengah pengarah tempatan,seperti fikirkan untung saja..dari membikin filem2 yang mengajak penontonya berfikir...saya cukup resah dengan sikap pengarah dan merangkap ahli akedemik ini apabila membikin filem2 yang saya fikir kosong nilainya..

wahai kalian,janganlah terlalu manjakan diri dengan perkara yang ringan2 sahaja,sudahlah novel yang dibacanya ringan,filem yang ditontonya juga ringan,akhirnya pemikirannya juga 'ringan2' sahaja..

Lambakan filem2 barat juga saya fikir memberi kesan kepada perubahan sosial masyarakat...tak sah kalau filem2 barat ini tidak ada babak2 cuiman yang memberahikan...bukan filem biasa sahaja,kadangkala filem animasi yang ditonton kanak2 juga tak terlepas sama dimuatkan adegan2 tersebut...

tetapi semuanya bergantung pada diri kita...untuk mengambil sesuatu yang baik atau yang buruk dalam setiap apa yang kita tonton...seperti juga dunia telah tuhan ciptakan segalanya,penentunya kita sama ada ingin mempergunakan segala yang tersedia kearah kebaikan atau keburukan...

kita juga harus berhati2..kerana ada sesetengah filem ditaja oleh agen2 yahudi untuk memesongkan akidah kita!

1 comment:

  1. LOL. Ninja Assassin. I hate that movie. My lecturer made us watch it for Media Appreciation. XD

    Melissa

    ReplyDelete