Friday, April 16, 2010

Kertas Itu Berevolusi Menjadi Mimpi...

Kertas yang dianggap kertas...
oleh mu..
dianggap satu coretan peristiwa indah bagiku..
biarkan ku simpan...

kerana satu hari nanti..
aku akan tahu betapa bererti nilainya.. cinta...

Wednesday, April 14, 2010

Sama-sama

terbaca blog seorang sahabat...digambarkan seseorang itu seperti betul2 saya...dibaca berulang kali..seperti peristiwa yang dikisahkan itu...tepat mengoncang memori saya..setelah diberi pengamatan yang teliti..ya benar...ini ada kaitannya dengan saya..maka...saya juga ingin menulis perkara yang sama...untuk menyatakan terima kasih yang teramat buat saudari...dan juga sama-sama atas terima kasih yang diberi kepada saya...
kisahnya agak panjang lebar...buat pengetahuan saudari..kertas2 itu masih tersimpan dalam laci yang rapi...jangan risau...kalau ingin membaca kembali..apa yang ditulis..silakan..saya tidak menghalang =)

Dan..disini saya ingin kisahkan apa yang telah saya lakukan sepanjang saya tidak menulis di ruangan ini...sejak akhir2 ini..saya banyak menghabiskan masa membaca...membaca sesuatu untuk mencari sesuatu..membaca untuk mencari kebenaran..ketulenan...maka..pada pesta buku yang lepas...saya ada membeli beberapa buah buku...dan saya begitu teruja melihat pelbagai buku yang dijual dengan harga yang rendah...keterujaan itu turut dilihat pada setiap pengunjung yang datang juga...sudah lama saya inginkan buku ini...buku ini bertajuk Saya Pun Melayu..


buku ini saya kira wajib untuk dibaca oleh belia remaja..kerana...adalah perlu segala sikap yang ditonjolkan dalam buku non-fiction ini untuk dihayati..betapa nilai integriti itu perlu dalam mencorak sikap seseorang...seperti yang sedia maklum..zaid ibrahim pernah menjadi menteri pada era pak lah..walaubagaimanapun..beliau terpaksa melepaskan jawatan menteri kerana tidak bersetuju dengan kerajaan yang tidak mahu memansuhkan ISA..buku ini membawa kita lebih dekat dengan perbadi beliau...di dalam naskah ini juga diperjelaskan mengapa beliau tarik diri sebagai menteri...dan banyak juga kisah2 menarik mengenai usia muda beliau yang dapat kita hayati..

baru2 ini..terdengar dari hulu selangor..bahawa beliau telah dipilih menjadi calon Pakatan Rakyat untuk bertanding dalam pilihan raya kecil Hulu Selangor..saya doakan kemenangan buat beliau...kerana beliau mempunyai integriti yang kuat untuk menjadi pemimpin yang baik..

ada juga buku fiksyen yang saya beli...tapi bukan di pesta buku..tapi di sebuah kedai buku di PJ..lebih tepat lagi..di Amcorp Mall...atau lebih tepat tepat lagi dia Book Xcess....disitu buku2 fiksyen yang masih baru..yang biasanya dijual dengan harga 35.90 ringgit dijual dengan harga serendah 9.90 ke 17.90...jika anda peminat buku..saya pasti anda akan teruja melihat tag2 harga yang dilekat pada buku2 tersebut...dan mungkin juga menyesali kerana telah membeli buku yang sama kualitinya tapi pada harga yang jauh lebih mahal berbanding yang ditawarkan di kedai tersebut..bayangkanlah buku seperti Da Vinci Code..yang biasanya dijual dengan harga 35.90..dijual dengan harga serendah 9.90..dengan kualiti yang sama...buat2 peminat2 buku..jangan lepaskan peluang untuk singgah ke kedai buku tersebut...

sekian..salam..

Thursday, April 8, 2010

Kisah Itu pun Sampai Jua ke Penamatnya...

maka kisah laila majnun..mulai surut di lautan hati...maka kisah husrev dan shirin juga sayup2 lagi kedengaran...yang terdengar..cerita dari penjara resah..cerita dari lorong2 sepi yang menakutkan...cerita hati yang luka...dan cerita-cerita..dan cerita...semuanya tentang lara....

kususuri hari2 mendatang tanpa cerita cinta hangat..dan secawan kopi mcd pada waktu malam yang dingin ketika jasadmu betul2 disebelah ku..

aku lihat karya2 agung laila majnun..potret husrev shirin yang tergantung...terbakar..dan menjadi abu...lalu berterbangan di udara...

lalu aku gapai..ingin ia cantum semula..tapi aku lupa..ia sudah menjadi abu..maka tanganku hitam..sehitam2nya...

ketika ini..mencari fiksyen mengenai luka dihati...untuk menjadi pengubat dihati....solusinya mungkin bukan dalam senaskah karya...tapi aku gali jua..semahu2nya ingin melupakan majnun yang terlalu kasihkan laila..bagaimana membabi butanya...cintanya itu..harus juga dilupakan...

dan..aku juga ingin lupa...potret yang terlihat oleh husrev...kerana keindahan wajahnya itu juga mahu aku lupakan semahu2nya...seboleh2nya..sekeras2nya...

yang tinggal nanti kisah lara...

Monday, March 15, 2010

santai...

Saya cuba jadi santai sedikit..
ya!saya cuba..
tak percaya??

kalau tak percaya..
tak apalah..
sesiapa yang percaya..
teruskan percaya..

masih tak percaya?
saya masih belum santai?
yang kurang yakin..
akan jadi lebih gusar...

senyum,jangan marah...
saya tak tipu..
saya sedang sedikit santai..
jangan kalut,senyum..

bila saya senyum..
yang percaya mula gusar?
yang kurang yakin percaya?

saya cuba jadi santai..
jangan kerut yang membaca..
saya sedang santai..
anda yang gusar...

Monday, March 8, 2010

Cinta

Di mana letaknya lagi hati ini?

Di awal perkenalan kami...disitu sudah mula ada bait2 cinta yang terjalin...tapi bukan dia...mungkin aku saja..mungkin aku saja yang merasakan perasaan seperti itu..lalu apabila dikhabarkan isi di dalam hati...mula terbit perkataan yang aku jangkakan akan terpacul dari bibirnya..."u gila"...ditambah pula dengan,"tak mungkin u sayang orang tu dalam masa sehari"...cinta...tak ada logiknya..mungkin dia menetap di hati mereka yang ada dalam lingkungan ruang dan waktu....sebenar cinta tidak wujud dalam keadaan sebegitu kerana di situ tidak ada logiknya...ia hanya sesuatu yang abstrak...yang sukar untuk didefinasikan...percayalah...kalau ada yang duduk semeja..memerhatikan dia mengelap telefon bimbit itu...pasti akan terbit sesuatu rasa abstrak itu...yang masih belum muncul definasinya...kerana di dalam hati aku itu letaknya definasi itu...mungkin hati juga bukan berada dalam ruang dan waktu....terletak di luar lingkungan itu...

Ain...sungguh..perasaan itu sangat2 mendalam dan bermakna...kalau terpaksa tangan itu aku lepaskan....aku percaya tanganku akan mengigil sepanjang hayat...mengigil kerana terlalu kasihkan...dan..terlalu menyesal membiarkan kau pergi...pergi...begitu saja...walaupun sudah 2 kali...hati kau itu aku sentuh...namun,akhirnya...

Hati ini di mana letaknya lagi?dikuburan yang sekali sekala saja disinggah cinta...mahupun disanggah cinta...

aku masih rasakan hangat cinta itu...walaupun dalam ruang dan waktu...kau benar2 pergi...

gelap...dan kemudian aku akan hilang...

Thursday, February 11, 2010

Blog Mahu Ditutup Akaunnya..

Bila emosi menguasai diri...
maka keputusan yang bukan terbaik menjadi pilihan...

Thursday, February 4, 2010

Cerita Hati..

Sekali lagi..hati ini masih diduga...kali ini sehebat2nya...seperti ingin membenamkan terus...perasaan yang murni itu...

ya..angkanya masih kecil..tapi itu bukan melambangkan yang aku tidak matang dalam membuat sesuatu pertimbangan...sejarah hitam sering menjadi igauan..menghalang untuk aku terus menghampiri dia...kadangkala lidah ku menjadi kelu untuk berkata,tapi terkadang2 menjadi terlalu lancar bila ingin menyakan soal penerimaannya...ya..hidup satu penantian..tapi digantung tanpa tali juga satu penantian untuk kematian yang menyeksakan..

sejarah hitam itu adalah berita tergempar dari neraka kehidupan..dia mungkin membeliakan biji matanya...menyatakan rasa kasihan..menyatakan rasa simpati..bukan itu yang aku mahu...aku mahu menjadi manusia jujur..tidak menipu dalam perhubungan..dan lebih daripada itu..aku mahu penerimaannya dalam hal itu...aku mahu mengetahui pendiriaannya...adakah pendiriaannya itu sama seperti orang yang sebelumnya...

kalau dia berlalu pergi..maka..hati ini dimana tempatnya lagi?disini..dan akan terus terkubur dan tertutup rapi..