Friday, December 25, 2009

Leha oh Leha..

Tanda penghargaan..
buat teman,yang mengimbau kembali kenangan di SK HICOM yang saya kira hampir2 lupus dalam ingatan,hanya beberapa kerat sahaja yang masih berhubung...selainnya saya tidak pasti...

Dan terima kasih juga mengingatkan 'dia' kembali..
tersasul2 tersebut namanya 2 3 kali...teman kata angau,bukan angau ya,cuma..ya mungkin juga katanya betul...tapi..bukan benar2 itu...mungkin ada rahsia yang tersimpan..dalam lubuk hati yang paling dalam,yang lubuknya juga itu sebenarnya sudah lama ditinggalkan...

Apa yang pasti..kuharap persahabat ini akan terus kekal..dan kita menjadi lebih erat..

Wednesday, December 23, 2009

Hidayah

pergi mencari hidayah..

Friday, December 11, 2009

Ninja Si Pembunuh Upahan

Filem2 barat terus-menerus mewarnai dan menjadi penyeri kepada pawagam2 di seluruh malaysia..sekaligus menengelamkan filem2 tempatan daripada arus persaingan....ada juga yang beranggapan filem2 tempatan hanya 'tangkap muat' dan tidak bermutu..mereka lebih senang mengagungkan filem2 dari barat...kerana mereka beranggapan bahawa filem2 barat kelihatan lebih menarik dan lebih mengasyikan berbanding filem2 tempatan..ya,memang benar filem2 barat gah dimana2 negara pun...ini kerana para tenaga produksinya sanggup membelanjakan berjuta ringgit..untuk menerbitkan sesuatu filem yang sarat dengan pengunnaan teknologi terkini..tetapi adakah filem2 dari barat ini mampu menerapkan nilai2 murni kepada penontonya lebih2 lagi di negara kita yang sememangnya menerapkan nilai2 ketimuran dalam kehidupan seharian?saya baru sahaja habis menonton,'ninja assasin' di KLCC semalam..ditemani sepupu saya dan rakannya..apa yang saya mampu katakan dari segi visualnya(yang dilihat dengan mata kasar)..filem ini hampir di setiap 'scene'nya diwarnai dengan merah darah..kadangkala saya keliru,kerana ton warna darahnya hampir sama bagi setiap watak..saya fikir filem ini ala2 komik...filem ini juga sarat dengan aksi 'martial art' ninja yang cukup memberansangkan...bagi peminat filem aksi saya fikir mungkin inilah filem yang anda cari2..

Filem ini bukan setakat aksi semata,jika deberi pengamatan yang teliti,saya yakin anda akan terhadam beberapa falsafah dan persoalan yang cuba disampaikan melalui filem ini...ya!saya faham benar filem dibuat untuk hiburan,tetapi hiburan bukan hiburan yang kosong,filem seharusnya mengajak penontonya berfikir,bukan pulang rumah,berangan2 ingin menjadi seperti hero di dalam filem yang ditonton...seharusnya,rm11 yang kita laburkan,janganlah kearah hiburan sahaja,kalau ada ilmu yang boleh kita cedok dari filem berkenaan,ambilah peluang untuk mengamatinya...

Tetapi sesetengah pengarah tempatan,seperti fikirkan untung saja..dari membikin filem2 yang mengajak penontonya berfikir...saya cukup resah dengan sikap pengarah dan merangkap ahli akedemik ini apabila membikin filem2 yang saya fikir kosong nilainya..

wahai kalian,janganlah terlalu manjakan diri dengan perkara yang ringan2 sahaja,sudahlah novel yang dibacanya ringan,filem yang ditontonya juga ringan,akhirnya pemikirannya juga 'ringan2' sahaja..

Lambakan filem2 barat juga saya fikir memberi kesan kepada perubahan sosial masyarakat...tak sah kalau filem2 barat ini tidak ada babak2 cuiman yang memberahikan...bukan filem biasa sahaja,kadangkala filem animasi yang ditonton kanak2 juga tak terlepas sama dimuatkan adegan2 tersebut...

tetapi semuanya bergantung pada diri kita...untuk mengambil sesuatu yang baik atau yang buruk dalam setiap apa yang kita tonton...seperti juga dunia telah tuhan ciptakan segalanya,penentunya kita sama ada ingin mempergunakan segala yang tersedia kearah kebaikan atau keburukan...

kita juga harus berhati2..kerana ada sesetengah filem ditaja oleh agen2 yahudi untuk memesongkan akidah kita!

I.N.S.P.I.R.A.S.I

Kehilangan inspirasi..
haruskan aku teruskan?
atau biarkan rasa itu perlahan2 melenyapkan segalanya?

Atau aku harus kembali kepada hidup yang asal?
mencari makna yang baru?
aku masih bimbang kehilangan inspirasi..

Thursday, December 10, 2009

Keputusan Peperiksaan

1.buka laman www.esmp.upm.edu.my
2.pilih keputusan peperiksaan
3.masukan nombor matrik:152414
4.masukan kata laluan:**********************(panjang kan?)
5.beri laluan streamyx untuk memuat naik data ke laman berkenaan(mengambil masa hampir 1 minit : ) )
6.debar,jantung berdegup kencang(bukan kerana debarkan gred,sebabnya pihak akedemik sengaja 'membocorkan' keputusan dilaman pendaftaran kursus,debarnya hanyalah berharap bahawa gred untuk subjek 'itu' meningkat sikit)...
7.seperti yang dijangkakan!keputusan tetap sama.. : (
8.............(tuhan saja yang tahu)

Alhamdullilah,syukur..dipanjatkan kehadrat ilahi...

Antara bulan dan lampu neon

Pernah terbaca..drama karya arwah Usman Awang atau kemala..saya kurang pasti penulisnya..saya ingat2 lupa akan tajuknya...tapi saya ingat benar akan isi perbualan drama tersebut...di akhirnya,terselit semacam satu falsafah untuk kita fikirkan...Antara lampu neon di kota dan terang bulan di desa,yang mana menjadi pilihan hati?...

mungkin ada yang mengatakan bahawa di bandar juga terbit bulan,di desa juga punya tiang2 lampu neon..
yang mudah dihadam..begitulah jawapannya..

sesuatu persoalan,mengajak kita berfikir,berfikir diluar lingkungan kebiasaan...
jika sikap begini yang menjadi amalan(berfikir diluar lingkungan kebiasaan)
barulah kita dipandang bangsa kelas pertama!

Wednesday, December 9, 2009

Teman..

Teman..
maafkan aku andai ada kata yang terucap menyingung hati kecil kalian..
sesunguhnya aku ini hanya manusia kerdil yang biasa..
masih muda,masih belum betul dalam setiap pertimbangan...
kadangkala pertimbangannya serong,salah atau memualkan kalian..
tapi apakan daya,memang kadang kala mulut lancang berbicara...

ya,aku rindukan kamar di kmns..
yang aku hiasi dengan pelbagai memori,kita,hiasinya juga..
naik gila bersama,duduk semeja menelaah,makan berkongsi sama...
semuanya masih terpahat dalam ingatan..

kepada F1p7..
kalian adalah satu keluarga yang harmoni,bersatu dan selalu bersama...
keakraban jelas terjalin...segala masalah kita kongsi bersama...
segala keburukan kita ambil teladan...
ya,akhir2 perjuangan disana..
aku silap pertimbangan...
maafkan aku...
masa tak mampu berputar kembali...
hanya lima jari dapat tersusun..
memohon maaf atas segala salah dan silap..

deruan angin petang..disekitar susur gajah itu,di blok2 kuliah,di unit2 subjek...
adalam memori kita..
akan kembali mengimbau..
malah mungkin menghantui kita..
takala usia meningkat dewasa..

kuharap kalian berjaya di dunia dan di akhirat hendaknya...