Friday, January 22, 2010

Luahan Hati Orang Bujang

Perjalanan yang masih panjang ini..membuatkan aku tertanya2...apakah penyudahannya akan baik ataupun sebaliknya...semakin hari,semakin ku rasakan hari2 mendatang terlalu misteri...terlalu kabur..dan sukar diolah..malah sukar dijangka....apa yang hanya mampu difikirkan....bagaimana untuk merencanakan perjalanan akan datang supaya tidak salah lagi dipersimpangan yang mengelirukan...

20 tahun,perancanaannya aku fikir masih belum sempurna...kerana 20 itu adalah proses,menghayati,mengenal,dan bermesra2 dengan erti kehidupan....maka,aku sasarkan lagi 20 kehadapan untuk merencanakan sesuatu yang berharga dan berguna kepada diri dan masyarakat...ya,semuanya kelihatan masih seperti angan2 yang panjang...tetapi setiap permulaan bermula dengan angan2 kemudian perancangan..

aku mahu membentuk satu ikatan spiritual yang kuat..yakni,satu ikatan yang kuat dengan maha pencipta..mendekatkan diri denganNya..merasakan kehadiranNya dalam hati..merasakan ketenangan ketika sujud...dan merasakan harapan yang menebal semasa menadah tangan kelangit...kerana nilai setiap ilmu diletakan dibawah metafizik...yang meletakkan ketuhanan sebagai teratas dalam hireaki ilmu....tapi kita berjalan tangan dibawah,kaki ke atas,kata seoarang pensyarah...

impian yang lainnya..sudah semestinya aku mahu bergraduat dengan keputusan yang membanggakan...dan keluar menjadi produk yang baik..atau lebih tepat menjadi guru yang baik....yang dapat membentuk anak bangsa mengikut acuan bangsanya dan berjaya dalam pelbagai bidang dan mungkin juga mengharumkan nama negara...sebenarnya pada awalnya aku tidak meminati profesyen perguruan...namun aku cuba mendekati kemurniaannya..kemurniaan dalam mendidik..anak bangsa...

dan yang menjadi penyebab mengapa aku di kampus hijau ini,adalah kerana mereka..mereka yang membesarkan aku dengan tangan rahmat dan tak kenal erti penat...mereka juga yang tetap sabar dalam setiap tingkah laku ku yang kadang kala pincang...mereka lah yang bertungkus lumus dalam mencari nafkah demi melihat aku memebesar dengan baik dan berpendidikan..ah!pergorbanannya terlalu besar untuk aku huraikan diruangan yang terlalu sempit ini...apa yang aku mampu(walaupun tidak mampu membalas dengan setimpalnya) hadiahkan hanya sekarung ucapan terima kasih yang tidak terhingga..ayah dan ibu...kerana membesarkan aku menjadi seorang insan yang mengenal erti kasih sayang...

Dan buat si dia..yang selalu mengalah..selalu berbakti..selalu sabar...selalu memahami..malah terlalu baik hati..aku juga ingin ucapkan terima kasih,kalau jodohnya panjang dan dimakbulkan doa..maka akan bersatulah kita..buat rakan2 juga..yang saya kira sangat mengambil berat dalam setiap hal...saya ucapkan terima kasih...

perjalan masih panjang,dan tidak terhenti diruangan ini saja..aku akan keluar kesana dengan penuh kehormatan dan penuh kesabaran dalam menempuh alam dunia yang penuh cabaran...dan mencari2 akhirat yang pastinya akan tiba..di kemudian hari...

sekian..

Saturday, January 9, 2010

Boneka

-jangan diganggu hak milik orang!
+kenapa,salahkah??
-dah nama hak orang,masih hendak menyelit2 lagi,tak tahu malu ke?ha..salah atau tak fikir sendiri,sudah besar buat pertimbangan sendiri..
+jadi,anjuran apakah yang encik rasa sesuai supaya saya tak menggangu hak milik orang lagi?
-pergi bunuh dia..
+bunuh siapa?
-dia..
dialah,yang menghalang cinta dan cita2 mu...perjalan akan lebih halus,rapi..kalau dia dah tak ada..kau bukan lagi perampas..
+baru tadi encik mempersoalkan yang salah dan betul,kelihatan encik menganjurkan sesuatu perkara yang jelasnya salah...
-ah!sekarang baru hendak berfikir?
+ya baru terfikir..
-kau memang dasar..perampas yang tak punya akal..
+ya..saya terfikir begitu juga...dia beritahu langkah mayat kekasihnya dahulu..harus dibunuh?begitu?
-ha!itu anjuran aku,buruk dan baik kau fikir sendiri,kau sudah besar boleh buat pertimbangan sendiri...
+ya2...sudah zohorkah?mahu minta petunjuk..selepas solat hati jadi tenang...boleh buat pertimbangan
-berlagak alim!
+berlagak..show off!
-ya!alim show off....
+show off alim!
-alim show off!bahasa inggeris di baca terbalik
+itu rojak!
-ah!ada aku peduli?semua pun bukan memeperdulikan bahasa..kau,kau bukan bangsa aku..kau juga peduli apa?
+kenapa saya bukan sebangsa kamu?
-kulit mu warna-warni!ya warna rainbow!you know!
+Mmmm...jadi anjuran tadi harus dilaksankan?atau perlu alim show off dulu?
-kau juga!rojak!kau sudah besar boleh buat pertimbangan sendiri..
+kau seperti tak membawa ke arah penyelesaian...
-kau juga dungu yang tak faham2 maksud ku..
+kita seharus tidak bertembung
-ya!aku juga penat berdiri di atas stage yang sungguh panas ini..

p/s:hanya rekaan semata2,tak ada kaitan dengan yang hidup dan mati..

Cerita Warung Kopi di Serdang

saya sudah kembali ke kampus hijau,Universiti Putra Malaysia...meneruskan lagi sisa perjuangan yang sebenarnya masih panjang...alhamdullilah,semuanya berjalan dengan lancar...pendaftaran kursus juga berjalan dengan baik...kelas juga tidak terlalu penuh pada hari2 yang tertentu...luarannya kelihatan tenang...dan diharap penumpuaan di dalam kelas juga setenang perjalanan tadi...

Namun,ada kisah yang sedikit kurang menyenangkan...al maklum lah wahai penghuni kampus...pada awal semester ini...kita akan dibebani dengan kos2 untuk membeli buku dan sebagainya..tidak lupa juga..yuran pengajian...ya,yuran perngajian...

selepas memeriksa baki akaun di atm,saya dengan nada kecewa(dalam hati)melihat wang pinjaman ptptn hanya tinggal kurang dari rm 1200..lantas saya teringat kata2 rakan saya..dalam 'recall' yang samar2 itu...saya terdengar bahawa yuran pengajian di UPM adalah yang termahal berbanding yuran pengajian di IPTA lain...saya kurang pasti hal ini..dalam 'recall' yang makin jelas itu juga,saya terdengar seorang rakan berseloroh.."kau tak tengok tv ke?UPM buat iklan..agaknya itu yang mahal"..saya biarkan saja persoalan demi persoalan menghentam minda saya yang masih kerunsingan dengan wang yang sejumlah itu...

turunkan skop kampus,dan mari kita melihat apa ceritanya pula di kolej 'yang indah berseri'..bagi penghuni kolej tersebut..kami sangat2 al maklum bahawa kami ditempatkan di kolej yang berstatus swasta..wah mewah bunyinya..orang kata indah khabar dari rupa..saya juga hampir tertipu dengan status swasta itu...sebenarnya status kolej tradisional lebih...buruk khabar indah rupa...

gerakan 12 baru2 ini membuka mata penghuni kolej kami,bahawa kepentingan dan hak kami sebagai pengguna harus diberi perhatian yang lebih..kerana penghuni kolej swasta membayar lebih mahal daripada penghuni kolej tradisional...semangat untuk berjuang demi hak kami ini sebenarnya ditiup oleh pengetua baru kolej kami bagi mengantikan dr saidon yang berpindah ke kossas...namun dalam nada yang berkobar itu,sekali lagi perasaan amarah harus dijinakan dengan sistem birokrasi..anjuran pengetua baru..supaya aduan dibuat dengan saluran yang betul...tapi bagi pendapat saya..apabila bertahun2 penghuni kolej kami memperjuangkan hak...dan tidak didengari..adakah saluran yang betul dan birokrasi itu masih releven?maka saya berfikir juga mengapa terlalu banyak berlakunya demonstrasi jalanan yang di siarkan pihak media pada tahun lepas?adakah nasib mereka yang berdemonstrasi itu juga tidak didengari?ya,saya ad perasaan yang kuat untuk mempersetujui hal itu..

Dunia sudah hilang keadilannya...wang juga menguasai diri...maka kewarasan manusia juga sudah luntur...

apapun dengan penuh harapan,doa,dan tawakal kuharap perjalanku di UPM penuh dengan warna warni kenangan walaupun ada carit2 rasa tidak puas hati atas hal2 yang tertentu...

salam

p/s:buat pelajar2 bachelor sains dengan pendidikan,dan pelajar pendidikan...saya dengar2..biasiswa KPM dibekukan..saya harap kalian bersabar....dan tidak putus2 berdoa...